★ ALIFF AZIZ FT.HAO REN ♥
KUALA LUMPUR: Selepas lagu Dilema Cinta (versi
bahasa Mandarin) yang dinyanyikan oleh bekas peserta Astro Talent Quest
2009, Hao Ren, mendapat tempat pemimat berbangsa Cina, kini lagu
tersebut dinyanyikan semula oleh penyanyi tersebut dalam versi bahasa
Malaysia pula bersama penyanyi Singapura, Aliff Aziz.
Menurut
Hao Ren, lagu yang berkonsepkan R&B itu hasil gandingan mantap
mereka berdua dijangka dapat mempengaruhi minat muzik orang Melayu.
“Sebelum ini saya mendengar lagu Sayang-Sayang daripada
Aliff dan saya percaya kami mampu melakukan kolaborasi bersama.
Kebetulan pula kami merupakan artis di bawah satu syarikat yang sama
iaitu Sony Music, sekali gus memudahkan kerjasama.
“Tambah pula saya pernah menjadi koreografer Aliff bagi klip video lagu Cinta. Jadi, kami serasi menyanyi bersama.
“Pada masa yang sama, konsep muzik yang kami bawakan juga adalah serupa iaitu pop R&B.
“Bagaimanapun, saya mahu mencuba pasaran untuk orang Melayu pula. Lagu Dilema Cinta adalah
percubaan pertama saya,” katanya yang ditemui pada sesi ramah mesra
bersama Aliff Aziz dan Hao Ren di Eastern World Music, Jalan Imbi, di
sini, Jumaat.
Tambah
Hao Ren, lagu yang dihasilkan oleh dia sendiri dan lirik oleh Sha Kalam
ini mengisahkan tentang dua lelaki yang ingin memiliki cinta daripada
seorang wanita yang sama.
Sementara
itu, Aliff yang masih lagi terlibat dalam program khidmat negara di
Singapura menyatakan rasa gembira kerana berpeluang menyanyikan lagu
tersebut bersama Hao Ren.
“Pada saya, Dilema Cinta merupakan lagu yang catchy dan ia merupakan lagu yang senang untuk diingati.
“Memang
saya harap, lagu ini mendapat respons yang baik daripada peminat
Malaysia. kerana lagu ini, saya juga sanggup mengambil cuti untuk
beberapa hari daripada latihan khidmat negara untuk membuat rakaman
serta klip video lagu ini,” katanya yang popular dengan lagu Kalau Cinta yang dinyanyikan bersama Joanna & Co.
Selain itu, Aliff masih lagi sibuk mempromosikan album keduanya, Its Aliff’s Time.
